Saturday, 23 April 2011

~Atas namaku~




Assalamualaikum...

Erti sebuah nama hanya diri kita yang mampu menilainya. Alhamdulillah, berkat nama yang dberi oleh bondaku ; Sayyidah Nafisah adalah satu keberkatan dan rahmat bagiku. Dengan harapan semoga keberkatan nama daripada seorang wali itu bakal aku perolehi dalam hidup, insyaallahu taala...

Dilahirkan pada 19 Mac 1988, di Hospital Besar Alor Star yang menentukan aku adalah anak yang ke-5 daripada 8bersaudara..
setiap insan ada kekurangan dan kelemahan masing-masing yang kadangkala terjadi samada dengan sengaja ataupun kebetulan.

Alhamdulillah, aku berasa bangga kerana latar belakang keluargaku yang sangtat menitik beratkan soal agama dan jalan hidup berteraskan syariat yang satu iaitu ISLAM. Bondaku mertupakan seorang pendakwah bebas, yang membolehkan kami anak beranak duduk mengelilingi beliau setiap hari bagi menambah serta memperkukuh ilmu duniawi dan ukhrawi kami setiap hari. Syukur amat kurasakan, kerana kini kuboleh menoleh sekelililng betapa manusia buta dalam cahaya. Tak perlu mengambil contoh jauh2, lihat saja teman-teman sekuliah, kadang-kadang hati seperti menangis sendiri. Di manakah yang letaknya nilai seorang muslim..?? Apa cukup sekadar menutup kepala tetapi tidak menegakkan tiang solat lima waktu..???di situ aku temui; kepandaian dalam kebodohan.

Mengenai diriku, setiap saat yang berlalu merupakan detik-detik indak dalam hidup. samada di ketika itu,air mata gundah dulana yang menemaniku. Namun setelah semuanya berlalu, memori itu menjengah menjadi kenangan manis walaupun ianya sulit ketika aku mendepaninya..Alhamdulillah, sujud syukurku pada Allah kerana mengurniakanku hati setabah ini. Sebut tentang memori, teringatku pada seorang teman akrabku; seringkali aku menjadi penasihatnya. Aku mengenalinya dengan nama Maz. Pandangan kami sedikit berbeza apabila dia mengatakan dia tidak mempunyai memori masa lalu. Aku tanya, biar betul ni Maz..??habis tu masa2 yg lalu takkan langsung tak meninggalkan memori dalam hidup Maz??katanya, kalau nak dibanding kenangan manis dengan pahit, lebih banyak kepahitan dalam hidupnya. so dia ambil jalan mudah untuk tak mau ingat langsung apa yg dah dia hadapi...Alhamdulillah,sekarang dia makin mendalami apa yang dimaksudkan dengan taqdir dan ketentuan ALLAH..syukurlahh :)

Menurut pemikiran psikologi, insan yang lahir dalam bulan Mac ini merupakan seorang yang periang serta aktif..hahaha mai sini sat cek nak ceqita~
aku memang seorang yang aktif dari segi mulut, tangan, kaki, semuanya laa...hehee kalau tak caya, tanya kawan2 terdekatku...Minat utamaku adalah aktiviti outdoor,sukan lasak dan rekreasi...almaklumlah, aku ni berjiwa hutan @ alami yang cenderung dekat dengan alam sekitar. ingat zaman dulu2,kalau kena marah aku suka lari masuk hutan duduk sorang2 sampai senja.Bukan apa, bila masuk hutan aku rasakan spt pepohonan di kiri kanan hutan seperti memelukku dan menyejukkan hati sanubariku. Kadang2 aku seperti bercakap dengan pokok; sepertinya aku dan mereka saling memahami. Tabiat ini membuatkan aku berbeza dengan 8saudaraku yang lain.

Mulut bertih..???hahaha tu gelaran yang pernah aku dapat suatu ketika dulu..keramahan dan kemesraan yang aku wujudkan seringkali disenangi oleh orang yg dekat denganku (kalau salah tu maap la,ni hasil soal selidik sendiri..)heheh..alhamdulillah, penerimaanku dalam perhubungan seringkali memberikan aku spirit serta motivasi dalaman untuk aku lebih mesra dan intim dengan siapa aku berteman. Maaf buat teman2ku semua, anda yang pernah singgah dalam hidupku telahpun dimasukkan rekod dalam pemantauan keluargaku..~hehehe, alang2 nak berkawan,biarlah sampai mati!

hidup di dunia kampus sangaaaaattt banyak mengajarku erti DUNIA. Mahupun yang buruk juga yang baik, semua dah aku nilaikan dan pelajari dari sana. JANGAN PILIH BULU KALAU NAK HIDUP. itulah prinsipku,jangan salah tafsir udah le ye ^_^
berteman ke, berjalan ke, berkasih ke jangan la pilih memilih. ingatku pada pesan bonda, "sekali kita melemparkan kasih kita kedalam hat orang lain, 10x Allah akan mengutuskan kasih hambanya untuk kita".

P/S : ANDA YANG MENGENALI SY,SILAKAN MENILAI..KUTIP YANG BAIK DJADIKAN TELADAN DAN YG BURUK KITA JADIKAN SEMPADAN...NASIHATKU, ANDAI ANDA KESALAHAN TEMANMU, TEGURLAH SECARA HIKMAH DAN JANGAN DSIMPAN DALAM HATI..UNTUK MENJADI TEMAN YANG TERBAIK, PERBAIKI HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH DAN SESAMA MANUSIA...INSYALLAH,WALLAHU WAKLAM ^_^

~WASSALAMMM ^_^ ~

Wednesday, 13 April 2011

Get ready to go...????

SENARAI PENYERTAAN SYARIKAT UNTUK KARNIVAL KERJAYA 2011


NAMA SYARIKAT PEGAWAI PAKEJ
FIRST SOLAR SDN BHD NOORHASLINDA MOHAMAD PAMERAN KERJAYA
GRADUATE EMPLOYABILITY MANAGEMNET SCHEME MOHD AMIZI BUSRI PAMERAN KERJAYA
GREAT ESTERN LIFE ASSURANCE (M) BHD OOI POH PIAP PAMERAN KERJAYA DAN CAREER TALK
AGENSI ANTI DADAH KERJ.NEGERI KEDAH ASROL AZIZI PAMERAN KERJAYA
IBU PEJABAT POLIS KEDAH PAMERAN KERJAYA
HICOM TECK SEE DALILAH MAT NAZIR PAMERAN DAN TEMUDUGA
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) TN.MOHD NASIR DERAMAN PAMERAN KERJAYA
UOB PAMERAN KERJAYA
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ANUAR BIN OMAR PAMERAN KERJAYA
YE CHIU METAL SMELTING SDN. BHD THE CHEE SIANG PAMERAN KERJAYA
PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL MALAYSIA)BALKIS PAMERAN KERJAYA
DIGICITY (M) SDN. BHD YB. DATUK ROZMAN HUSSIN PAMERAN KERJAYA
SEAL INCORPORATED BHD HUI LING TEMUDUGA
BANK RAKYAT M'SIA BERHAD MUHAMAD KHAIRIL AKHIRUDDIN PAMERAN KERJAYA DAN TEMUDUGA
CHARTERED INSTITUTE OF MANAGEMENT ACCOUNTANTS(CIMA)TAN CHIEW ANN PAMERAN KERJAYA
JABATAN PENDIDIKAN MALAYSIA PAMERAN KERJAYA
JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA PAMERAN KERJAYA
CELCOM AXIATA BERHAD ALOR STAR PAMERAN KERJAYA
PUNB (KETUA UNIT PROSPER SISWAZAH ) KL PAMERAN KERJAYA
TM KUALA LUMPUR PAMERAN KERJAYA
CEMENT INDUSTRIE OF MALAYSIA BERHAD HAIRI AZMEER B. HASBULLAH PAMERAN KERJAYA DAN TEMUDUGA
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN. BHD JALI BIN JUSOP PAMERAN DAN CAREER TALK
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA KEDAH PN. ZAHIDAH IBRAHIM PAMERAN
TERBILANG MEGAH SDN BHD AZIZAN PAWANTEH PAMERAN KERJAYA
PUSAT LATIHAN TEKNIKAL SPECTRUN SDN BHD CIK MALIGA PAMERAN KERJAYA
NORTHER LOGISTICS DEVELOPMENT CENTRE AZIAN HJ. ARIFFIN PAMERAN KERJAYA
PERBADANAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) PAMERAN KERJAYA
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD PN.ROHANA PAMERAN KERJAYA
PERBADANAN NASIONAL BERHAD R. MOHD ANDRIANSYAH PAMERAN KERJAYA
MYBRAND PRODUCT CENTRE M. ROSIDI PAMERAN KERJAYA
CONTINENTAL SIME TYRE AS SDN BHD AZIAN HJ. ARIFFIN PAMERAN KERJAYA
SYARIKAT PRISM PROTECTION SERVICES SDN BHD KHAIRUL ANUAR PAMERAN KERJAYA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA AMIN SALLEH PAMERAN PENDIDIKAN

~~selamat mencuba ^_^